terima kasih kerana sudi melawat blog serba serabut ni :)

Tuesday 3 June 2014

kesempatan




memandangkan diri ni tak boleh nak tidor n ada ambik pakej internet , teringat pulak nak hupdate belogg ,
sesaja nk hapdate , santai jea ehh , toksah serius 24/7 , orang pun takut nanti , 
hah amek ,

pepagi rabun ni laa terfikir satu perkataan ,
yeahh KESEMPATAN ,
hah kalau diberi kesempatan untuk itu dan ini , apa engkoo nak buat ?
ada tak bnda yg tak diberi kesempatan utk dilaksanakan ?
diri ni ? mestilah adaa.
macam-2 ouhh ~
tapi tapi bila pikir-2 dan pikir dan pikir dan pikir erkkk okay okay ,
takkan dapat dah kot kesempatan semua tu ,

hah camna leh terlepas semua tu ?
kdg salah diri jugak , tp ada hikmah kot ,
yelaa kita manusia jea kn , mampu rancang ja ,

"wa makaru wa makarallah waallahu khairul makirin"
-kita merancang dan Allah pun merancang , tapi Allah adalah sebaik-baik perancang-

takpa , toksah pepening dok pikiaq pasai kesempatan tu , 
dah lepas biaq p ajaa,
hadapi apa yg ada sekarang ,

belajaq dari apa yang kita tak dpat tu ,

usaha lebih supaya kesempatan tu tak terlepas lagi ,

hidup ni bukan untuk buat benda sia-2

manfaatkan hidup dengan perkara berfaedah ,

okay rasanya dah lari pecut dari topik sebenar 

dok taip ja apa ada dalam fikiran ni ,

haa okay laa , kang lagi melalut 

sekian entry kosong dari ana ,

mornite !

waallahualam bissowab ~

Tuesday 15 April 2014

special for lepasan SPM !!!!!! ehhh ,



kali ni ana taip khas untuk lepasan SPM ! hehe ,
ana tengok sekarang ramai yang lepasan spm dilanda rasa konfius  keliru , haa keliru nak amik course apa n dekat mana , betoi dak ? ada jugak adik-2 yang mintak pandangan kt ana ,
ana bagitau apa yang mampu ja ya ? sebab ana pun pernah rasa perasaan tu ,
pengalaman ana lha kan , k mula isi borang upu tu pergh ikot sedap hati mintak , sebab time tu ana taktau result lagi , ana dok mintak course bkaitan sains , padahal ana tak pandai sains , hewhew , sebab kelas sains so ana pun sesedap hati ja pilih . maklumlah ikot perangai budak-2 , haha ,
then keluar result haa amik time tu rasa nak tersungkur jatoh kedebabom sat tu jugak , haa mesti pkir result gempak kan ? haha dak aihh , jujur cakap dalam kategori teruk T.T :"(
Allahu waktu tu baru ana kenal erti penyesalan , tapi takda guna dah , 
tapi mang ana rasa dunia gelap jugak lah waktu tu , frust teramat ,rasa hilang harapan n everything lahh ,
alhamdulillah lah ada yang bagi semangat and so on , so ana lupakan result tu tapi cuba jea lah nasib , ana yakin ana tak dapat upu tu , sebab ana tak kemaskini pun course yg ana mntk bdasarkan rsult ana ,
so hari keputusan upu keluar yes ana memang tak dpt upu , poli pun sama tak dapat ,
Allah , time tu lagi sekali ana rasa frust amat pai rasa nak kawen err , haha gurau kay ,
tapi memang frust lahh , then ana buat jugak rayuan , and sekali lagi ana kecewa , jadi ana pun rasa takdak life dah ,
hah surat dari swasta mesti banyak kan ? hah yg ni kalau kaya boleh lah masuk , serius talk memang dorang punya ayat manis amat takpayah tambah gula ! hee tapi macam mana manis pun dorang kata 
asrama percuma !
pendaftaran hanya serendah RM100 !
elaun stiap bulan !
percuma laptop !
hah semua tu nak menarik perhatian ja awak-2 semua ,
sebenarnya tempat gni memang guna duit banyak , kalau kaya memang tak kisah lah kan 
hehe ,
ana pernah jugak tertarik dengan kolej bersekutu , yes dorang ni lah paling banyak buat promosi , hehe ana pergi lah dgaq pasai kolej ni pastu ana dah tertarik and dah bayar duit proses pendaftaran pun , 
semangat nak p dengan bff ana ,
tp alhamdulillah Allah bantu , time tu ayah ana memang tak bg , ana frust amat la sebab da smgt nak p dgn bff ana, disebabkan ana frust ana pun jumpa cikgu kaunseling sekolah ana , ana pergi dgn kawan-2 ana mintak pandangan , time tu cikgu ana memang call abes-2 kt uitm terus sebab kolej tu kolej bersekutu uitm ,
so ana dapat jwpan , and akhirnya ana n kawan ana tak jadi pergi ,
then kawan ana ni pegi matrik , tinggallah ana seorang diri , hew 
lps tu ana mintak kolej islam  kt perakk ni , ana dapat and ana pergi , tapi tak bertahan lama . mungkin ada hikmah , walaupun sekejap , tp apa yang ana dapat kt sana tak ternilai harganya . Alhamdulillah 
and then ana dah frust ana pun kerja , hew , 
hah lupa ana ada mohon 2nd intake uitm ,
so time keje ana tunggu keputusan tu je lahh ,
dapatt tak dapat ana berserah ,
yes then ana dapat dua pilihann !
politeknik n uitm ,
hah sudah , konfius pulak time tu ,
hah nampak tak ? kena sabar sikit ja ,
mesti dapat dengan usaha tanpa henti , hehe 
 ?jadi mana ana pilih sekarang 
jeng jeng jeng !
rahsia ana :D
haha , Alhamdulillah tamat sem 1 , sekarang tngah cty , hee 
mudah-mudahan ana berjaya , aminnnn
hehe panjang pula cerita ana kan ? maaf ya ,
so pandangan ana dekat sini lah kan ,
kalau tak dapat kali pertama cuba lagi , banyakkan berdoa ,
n then mintak lah course yg sesuai dengan result kita , insya-Allah mudah dapat :)
n ana nasihatkan better tunggu gov punya universiti sebab yuran tak mahal sgt ,
nnti takdalah kena byr ptptn byk sgt , herher
tak dapat jgn mudah putus asa , cuba lagi dan cuba ,
and bila ada dua pilihan or lebih buatlah solat sunat istikharah , mintak petunjuk daripada Allah .
pandangan orang lain kita perlu and petunjuk dari Allah tu paling penting
jangan risau , rezeki ada dimana-mana ,
kalau result cemerlang syukur alhamdulillah ,
kalau kureng jgn mudah mengalah , ayuh bangkit ! ehh
hee jgn mengalah , usaha ja , insya-Allah dpt , rezeki Allah tu sentiasa ada ,
SPM BUKAN PENENTU SEGALA-GALANYA , so jgn malas usaha !
banyak cabang lepas spm ,
sijil , tingkatan 6 , matrikulasi , universiti (asasi , diploma)
banyak cara kita boleh berjaya ,
jadi keep calm and counting stars , ehhhh
keep calm and choose the best ,
pilih ikot kemampuan kita ,
banyakkan berdoa , GOOD LUCK !
 
macam mana pun kita dok kejar blaja kt dunia ni , akhirat jgn lupa ya ,
seimbangkan duniawi and ukhrawi ,
kita kt dunia ni sementara jaa ,
jdi ingat bila belajar tu niat kerana Allah ,bukan niat nak dpt diploma , nak dapat ijazah , nak dpt kerja n so on ,
niat kerana Allah ya , Allahu ghayatuna :)
menuntut ilmu sgt dituntut , jdi tuntut lah ilmu selagi kita mampu :)

Friday 11 April 2014

Orang Sekeliling , ehh !


Orang sekeliling ! hah ! ramai kan orang sekeliling kita ? maksud ana mereka-2 yang ada di sekeliling kita ,
contohnya mak , ayah , saudara mara senang kata family , kawan-2 , guru-2 n semualah disekeliling kita ,
kalau ana kata diorang ni bawa peranan penting dalam kehidupan kita antum setuju tak ?
family dah tentu-2 orang yang paling rapat dengan kita and yang selalu ada dengan kita disaat jatuh bangun kita , betul tak ? betul lah tu kan :)

selain family mesti semua orang ada kawan kan ? mustahil sgt zaman ni ada orang yang takda kawan , kalau takda kawan mai kawan dengan ana , hehe 
kawan ada byk jenis , betul tak ? setuju aje lah ye , hehe ,
ada kawan yang kita rapat sangat-2 , biasa-2 jea , tak kisah lah macam mana pun ,
kawan yang terbaik mestilah kawan yang tegur bila kita buat salah , and bawak kita masuk syurga sama-2 dia , tak dinafikan ada kawan yang tak berani tegur kita bila kita buat dosa , betul tak ? mungkinlah dia fikir dia tak layak tegur kita or dia takut kita terasa hati dengan kita . Allahu ,
ana sendiri tak berani tegur orang sebabnya ana sendiri rasa ana tak layak langsung tegur siapa-2 , Ya Allah ampunkan hambamu ini Ya Allah ,
tapi ana suka bila kawan ana tegur bila ana buat salah , tapi kadang tu sentap jugaklah , tapi sebenarnya bila terasa tu maksudnya hidayah Allah sedang menyentuh hati , Alhamdulillah ,
jika ana buat salah tegur ana ya wahai sahabat fillah , 


sebenarnya ana nak cerita lain , tu mukadimmah ja , hee :D
pernah tak orang yang rapat dengan kamu perlekehkan kamu ?
orang-2 yang rapat dengan kita sebenarnya yg kerap perlekehkan kita , betul tak ? tak semua lahh yaa , jangan marah nanti kena jual :P
sebabnya orang yang rapat dengan kita ni kenal kita ni macam mana , dorang kononnya tau sgt da perangai , sikap and jenis kita ,betullah tu ,
contoh ehh , bila kita nak buat benda baik pernah tak kawan kita kata 

"berlakon betul ko ni"
"takyahh poyo sangatlah wehh"

takpun bila kita nak cuba benda baru macam berniaga ke apa ke kan , ada kawan yang kata 

"takpayah lah mengarut kau ni"
"menipu semua tu"

mungkin ada yang pernah kena gitu mungkin juga ada yang tak , yang tak tu Alhamdulillah sgt-2

mungkin kadang kita rasa diorang perlekehkan kita , tapi bila fikir positif mungkin tu cabaran buat kita ,
jadi apa pun jangan mudah mengalah , teruskan usaha ,
tak dinafikan bila orang yang rapat kita akan rasa down and lastly menyerah ,
ehhh jangan begitu !
anggap tu cabaran , and mungkin jugak sebab kita pernah perlekehkan kawan kita , muhasabah diri ,
tapi apa pun yang berlaku sebenarnya mereka ni sentiasa menyokong kita , mereka ni sebenarnya sebahagian dari kekuatan kita jugak ,
jadi apa-2 pun sila ambil positif , tambah ion positif dalam diri dan buang segala rasa negatif tu ,
sebabnya yang negatif tu bahaya utk kita , terapkan semua yang positif dalam apa jua keadaan ,
insyaAllah lebih tenang nak buat apa-2 ,












akhir sekali hargailah orang sekeliling kita :D
mereka semua anugerah dari Allah SWT




waallahualam bissowab 

Thursday 10 April 2014

C I N T A , ehhh

Hari ni nak cerita pasai cinta , sebab ana rasa sekarang ni ana dah macam doktor cinta , hehe 
Ana faham makin dewasa makin ada perasaan sayang ataupun cinta ,
sampai ada jugak sayang kt org tu orang ni , lepas tu ramai jugak yang suka dia , sampai tatau buat pilihan . wahhh , yang ni jenis panas  atau bahasa senang fahamnya "HOT" , haha :)
k stop pasai yg tu ,
zaman sekarang ni zaman it , dari handphone lah ramai yang bercinta , dari budak sampai lahh yg dewasa ,
yg budak atau lebih comel dikatakan pelajar sekolah , tak kira la sekolah rendah atau menengah ramai dah oi yg pandai bercinta , kalau tengok kt sosial network macam facebook , twitter , hmm budak skolah rendah punya update pasai cinta pun makk aiii makk yuuu kalah org dah kahwin oi , sekolah menengah lagi jgn cakap lah kan , yang ni bahaya , 

meh akak nak nasihat sikit , yang sekolah tu takpayah lah bercinta dulu k ?
blajaq rajin-2 dulu dpt result gempak pz tu masuk ke peringkat pengajian tinggi , time tu confirm hangpa lg byk pilihan , bukan lah maksud kt sini suruh msuk universiti p cari boypreng/girlpreng , maksudnya dekat situ nnti mungkin lahh korang rasa mcm kalau nak bercinta pun mungkin ke arah lebih serius , bak kata kawan ana "dah besar , dah matang" mungkinlah ,
lagipun cinta kt skolah takda faedah pun aihh , patah seribu hati tu nanti mula la buat perangai macam mati laki , haa amek kau , lagi pun zaman sekolah tu kira macam zaman-2 budak-2 jea , cinta pun cinta monyet jea aihh ,  k stop bout that too , 
yang dekat universiti tu pun jgn dok gatai sgt nak bcinta aihh , blajaq perabis dulu ,
heee :P


ana rasa tak salah bercinta , sebab tu naluri kita , tak boleh nak halang , tapi bercinta tu berpada-padalah :)
janganlah smpai menggangu diri , tak tidur malam , duit perabis kt topup , aishh tu mudarat kt diri tau , 

bagi ana lebih bagus kalau kita suka seseorang kita letak dia dalam doa kita , tak ke lebih sweet ?
sesuatu hubungan kalau Allah tak redha tak kemana jugak ,
redha Allah tu yg utama , 
kalau betul kita suka sayang kt seseorang tu kita doa mintak kt Allah  satukan hati kita dengan dia , insyaAllah , Allah sentiasa bantu hambaNya , tak pernah Dia abaikan kita , tp kitaa yg tkda usaha mintak kt Allah , lagipun segalanya Allah da tetapkan ,
kita kata kita takut orang yang kita suka tu jadi milik org lain ?
jangan risau , kalau betul dia milik kita hilang dalam lautan hindi pun bertemu berjodoh jugak , ehhh
kalau kita dok kejar sampai hujung dunia pun dah dia bukan utk kita tetap takdapat jugak , kalau tak dapat mungkin Allah nak hadirkan yg lebih baik utk kita , Allah tahu apa yang baik untuk kita :)
jadi serahkan segalanya pada Allah , banyakkan berdoa ,

mudah-mudahan Allah permudahkan apa jua urusan kita :D
paling penting utamakan dan jaga hubungan kita dengan Allah ,

wallahualam bissowab :)

Hijrah Itu Milik Semua Orang




 lama rasanya jari tak menari-nari di keyboard untuk menaip di blog ni ,
hehe , sebenarnya nak share satu cerita berkaitan hijrah , Tahu apa tu hijrah ?
ya hijrah bermaksud berpindah dari satu keadaan yang tidak baik kepada yang lebih baik .
actually nak hijrah ni pangkal pada hati and diri masing-2 , hijrah tu milik semua orang ,
nak tunggu hidayah datang ? hidayah perlu dicari bukannya dinanti ,
bila rasa nak berhijrah tu terus lakukan jangan tangguh-2 dok kata esok lusa laa , 
hang ingat mati boleh ditangguh ? of course NO ,
takkan nak kata kat malaikat izrail tu mcm ni ''hangpa jgn ambik nyawa kami lg , kami tak sempat taubt lg , kami tak sempat buat bnda baik lg , hangpa tak ksian ka kat kami''
hah tudia baqhang , hang ingat hang merayu sampai keluar air mata pelangi pun hang boleh tangguh mati ?
mang dak laa ceq oii ,
jadi apakata kita hijrah mulai detik ini saat ini ketika ini ,
bila rasa diri tu dok suka tinggai solat pekata paksa diri tu penuhkan solat ,
solat tu tiang agama , ingat naa , kadang-2 benda gini kita kena paksa diri kita , kalau tak paksa sampai sudah laa hang lagu tu ,
and perempuan selalunya masalah pada aurat , ada yg kata leceh nak tudung-2 ni , leceh nak bju besaq-2 ni nmpak gemuk bagai  ? Allahu , Islam tu mudah tapi kita yg selalu susahkan , Islam indah sgt-2 n semua ni bersebab , sebabnya perempuan ni istimewa sgt tu sebab kita dijaga , and kita disuruh jaga diri kita untuk kita jugak untuk keselamatan kita jugak ,
fikir-2lah rasa semuanya tahu :)

apa-2 pun kadang kita mesti paksa diri kita buat benda yg baik dan ikut syariat , sebabnya dari keterpaksaan tu laa lama-2 jadi ikhlas lillahitaala ,

one more ,bila orang tu berhijrah kita kena lah support ,
ni kita p perlekehkan dia , gelakkan dia bagai ,kata dia hipokrit , menipu ,bajet , poyo dsb , 
biarlah dia apa pun janji dia cuba berubah , yang kita dok ngata ni bila nak berubah ? dok depan cermin tu tenung diri tu lama-2 , tnya "aku da cukup baik ka nak mengata orang" fikir-2 lah 
and kita yg cuba berhijrah ni pun kena la kuat , jgnlah kawan dok kata sikit kita pun terus nak dok dgn perangai lama , ouh no no no , anggap tu sebagai ujian untuk buat  diri kita kuat !
kalau dok dengar kata orang memang jenuh laa , 
ingat kita ni hamba Allah bukannya hamba manusia
segala-gala yang kita buat ingat Allah , and kerana Allah ,
insyaAllah diberkati :)
Allah sentiasa menolong hambanya , kita ja taknak usaha mintak kt Dia ,
jadi segala-galanya mintak bantuan and kekuatan daripada Allah SWT .

alhamdulillah sampai disini sahaja ,
salah silap harap tegur ,
maafkan andai terguris hati ,
apa yang ana taip ni pesanan untuk diri ana jugak :)




v.i.p :D